Makmal JAMAT “Screen Streaming”

Bagi Mengatasi paparan di makmal yang tidak mampu memberikan kejituan paparan berskala besar maka makmal telah mengambil inisiatif menyediakan kemudahan ini kepada pelajar di makmal.Kemudahan ini boleh di gunakan sekiranya pensyarah/penunjuk ajar menggunakan kemudahan komputer riba makmal sahaja. Pelajar boleh melayari pautan berkaitan semasa amali / tutoran makmal sedang berjalan

1.Makmal SAFA
2.Makmal CERMAT

Di Sebalik Nama

Ramai di kalangan Warga JAMAT sendiri sama sedar atau tidak sedar di sebalik nama-nama Makmal serta  justifikasi nama berkenaan di beri.Nama ini di beri oleh Bekas Ketua Jabatan Matematik, FST, KUSTEM iaitu Prof. Dr. Abu Osman B. Md Tap dan dipersetujui bersama oleh Warga JAMAT .

1.0 MAKMAL CERMAT           

Selama ini makmal tersebut di kenali sebagai Makmal Jabatan Matematik. Jabatan Matematik telah memperkenalkan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang di kenali sebagai kaedah CERMAT. Perkataan CERMAT itu adalah akronim kepada “CONCEPTUAL, EXPLORATION AND REASONING FOR MATHEMATICS”. Pelajar di bawa ke Makmal Tutoran Matematik bagi meneroka konsep Matematik melalui pelbagai kaedah interaktif yang ada di internet seperti Mathworld, Math-atlas, Manipula, WIMS, Mathematicshelpcentral, PRIME,  Mathlets dan sebagainya.

Pelajar kemudianya diminta untuk memikirkan dan memberi hujah tentang kesahihan perkara tersebut dengan menjelaskan isu berkenaan kepada rakanya.Dalam hal ini beberapa kemahiran Generik (Generik Skill) seperti persoalan bahasa, Komunikasi,Kemahiran ICT, Kemahiran Berfikir , Penyelesaian Masalah dan Pembelajaran Kooperatif, secara langsung dapat dibina.

2.0 ANJUNG SARI

Jabatan Matematik telah mengambil sebahagian Makmal Matematik (Makmal CERMAT) untuk di jadikan Bilik Mesyuarat dan Kegiatan Akademik seperti seminar dan Perbincangan.Jabatan telah memilih untuk menamakan bilik ini sebagai ANJUNG SARI.

Perkataan “ANJUNG” ialah bahagian depan rumah yang ditinggikan menjangkau ke luar dan perkataan “SARI” bermakna bahagian yang penting ataupun pati.SARI juga membawa konsep pembawa identiti dan jati diri, Namun demikian SARI juga boleh menjadi akronim “STRATEGIC ANALYSIS AND RESPONSIVE INTERACTION” yang melambangkan kegunaan tempat tersebut untuk menyuarat dan kegiatan akademik yang strategik, teliti secara analisis dalam hubungan kerjasama dan bermesyuarah.

 

3.0 SUDUT KESTURI

DI bahagian belakang bilik mesyuarat Jabatan Matematik (ANJUNG SARI) dalam Makmal Matematik (Makmal CERMAT) adalah suatu bilik (dulunya bilik ketua Jabatan) yang kini menjadi sudut kelab kopi Jabatan Matematik yang baru di bentuk.Sudut ini penting bagi kegiatan interaksi ahli Jabatan bertemu, berbincang dan kegiatan pertambahan idea yang sihat.

Jabatan Matematik mencadangkan bilik ini sebagai “SUDUT KESTURI”.Nama Kesturi ialah benda yang harum baunya, pokok kesturi harum kayunya, buah limau kesturi yang wangi baunya dan juga burung kesturi yang comel sepeti burung serindit.Namun demikian ia boleh menjadi akronim kepada  “KNOWLEDGE EXTENSION UTILITY AND RECREATIONAL INSIGHT ” yang melambangkan kegiatan sudut kesturi.

4.0 Makmal SAFA (Statitical Analysis Formulatian and Application)
Makmal ini lebih dikenali sebagai makmal Aplikasi semasa di bawah seliaan Jabatan Sains Komputer, FST, KUSTEM dan di beri nama baru kepada Makmal Statistik.Berikutan dengan penstrukturan nama – nama makmal Di Jabatan, Makmal ini di beri nama kepada makmal AL-SAFA. Akronim SAFA adalah merujuk kepada fungsi makmal ini yang ketika ini hanya kepada penggunaan amali dan tutoran makmal Statistik dengan menggunakan aplikasi perisian statistik seperti SPSS, S Plus, Minitab dan SAS.Fungsinya pada ketika itu hanya fokus  kepada amali dan tutoran yang melibatkan aplikasi perisian  Statistik.

Bengkel Blog UMT

Blog

Bengkel Blog UMT  Ini adalah kali pertama dianjurkan Jawatankuasa ICT, Jabatan Matematik dengan Kerjasama Pusat Teknologi Maklumat (PTM) , UMT. Kiranya Jabatan Matematik ni lebih proaktif  la. Ia di kendalikan oleh 2 orang Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat iatiu En. Azlan dan En. Ahmad Nazir Haron.Ucapan terima kasih kepada En. Azlan dan En. Ahmad Nazir di atas kesudian berkongsikan ilmu kepada Warga  Jabatan Matematik.Gambar dah di Muatnaik di Laman Web Jabatan Matematik.Boleh layari di sana..

Tags: